Friday, May 11, 2012

Ilyaas: Dari Pengasuh ke Tadika/Taska, kini kembali ke Pengasuh

Alkisahnya , baca tajuk dah boleh bayang kot keserabutan yang kami (Halim and me) alami bila hadapi situasi mcm ni. Bayangkan jugak lah ke-tidak-stabilan emosi yang dialami oleh anakanda sebab terpaksa bertukar-tukar tempat dan orang yang menjaga dia sementara mak pak dia ni pegi sekolah.

Berdasarkan tajuk tu, dulu Ilyaas sejak usia 60 hari lagi dah duduk kat pengasuh, yang kami sekeluarga panggil Opah. Sehinggalah usia Ilyaas 11 bulan lebih. Pastu, kami sekeluarga berpindah ke Perak. Halim and me decided to send Ilyaas ke nursery memandangkan kami belum kenal kawasan kejiranan pada masa tu, dan perlukan penjaga dengan kadar segera. Cari punya cari, yang penting lokasi yang dekat ngn uni and senang nak hantar dan ambil. Kami jumpa Tadika Ummi Hajah. Yup, namanya saja dah gambarkan yang main business here is teaching young kids, not taking care of the babies and kids.

Tp saya masih memilih untuk hantar ke sini memandangkan pengetua tadika ni sangat passionate dalam jagaan kanak-kanak.dan ada registration number.serta disediakan juga sebuah bilik ber-airconditioned dan berpagar untuk para baby tinggal main dan tidur di situ.yang paling penting, waktu saya jumpa pengetua tadika ni, dibawa bersama seorang wanita (yang sudah bergelar ibu) yang mmg tugasnya menjaga para baby di sini. dan pada masa tu, hanya ada 3-4 org babies je termasuk Ilyaas. Ilyaas pulak baby yang paling kecik, sebab pengetua cakap dorang hanya amik baby 1 yr and above, so Ilyaas will turns 1yo in few week, jadi dorg accept. I was all happy at that time knowing my son will start mingle around and have more friends at nursery.

But, things change. Sejak duduk dalam jagaan nursery, Ilyaas kerap demam. Demam yang susah nak kebah,kalau kebah pun , kejap aje, lepastu panas balik. Ulang-ulang demam selang seminggu. Sampai ke klimaks dia dapat febrile fits.dan kami bermalam di hospital. Lepas kisah febrile fits tu, beberapa kali lagi berulang demam panas Ilyaas. Berjaga malam saya dan suami, serik berulang lagi kejadian febrile fits tu. Banyak kali saya tak ke sekolah sbb xnak demam Ilyaas melarat lagi bila dihantar ke nursery. Saya faham, bnyk sebab kenapa baby demam, teething pon ya juga. Tapi saya perasan anti bodi Ilyaas tak kuat sangat, mungkin sbb saya jarang demam, jadi badan saya kurang develop anti bodi demam tu, so susu saya kurang anti bodi tersebut. Saya percaya, kalau ibu berada dalam situasi yg sama dgn anak (means anak demam, ibu demam), and ibu breastfeed anak, maka lebih mudah untuk anak sembuh sbb dia dpt extra anti bodi dari susu ibu. 

To make it worse, balik dari bercuti labour day haritu, pengetua sms secara mengejut inform pengasuh yang dikhaskan utk jaga baby sahaja di nursery tak akan kerja di situ lagi,sebaliknya akan jaga anak2 pengetua di rumah. I was like, hhmmmmm...why did she inform us very late, and sesuka hati ? takpela, dia owner nursery tu, and dia berhak susun atur para pekerja dia. I did not complaint on that. But , I was wondering sapa yg akan jaga all the babies. Oh btw, by April, ada another 2 kid/babies masuk nursery tu. He is 7 or 9 months old! (Pelik tak, mula2 ckp dgn saya only take baby 1yo above, ni ape kes kan?)...and kakak dia around 3yo. Saya ok lagi, sbb masa tu ada pengasuh yg mmg jaga baby je, plus got cikgu2 yg mengajar utk tolong tengok2 sekali. 

Since pengasuh tu pun hanya akan jaga anak2 pengetua je, ada one young lady (yang juga mengajar di tadika tu) akan jaga all the babies. I bet she is younger than me. Probably around 22-24 la kot, sbb I am 25 (perlukah mention?):P. I tried sending Ilyaas there for few days. Well, I have no choice yet at that time. Pastu, first day dgn penjaga baru semua ok.Mmg dia jaga mcm biasa. Tp nursery jadi kurang bersih, banyak lalat, banyak makanan tumpah, dan tak dibersihkan.Mungkin tak sempat. Tapi dh jadi tak hygienic la kan. Balik rumah unpack all Ilyaas' items, tengok2 banyak benda tinggal kat nursery termasuk thermos makanan dia. Halalkan, sebab mungkin terlupa dan tak biasa lagi jaga baby. Well, she has to carry baby 7-9 months tu, sbb budak tu meragam,so Ilyaas jalan2 la seluruh nursery yg ada bnyk lalat tu..

The next day, bekalkan makanan Ilyaas. Bangun awal pgi, masak sebab xde thermos nak letak food. So, cook a fresh one. Selalu sy frozen kan, pnaskan dan masukkan dlm thermos untuk Ilyaas. Sampai nursery inform pasal his food ada dlm beg. Pukul 2ptg saya datang ambil, she said Ilyaas dah minum dan makan. Balik rumah, tgk bekas makanan tu masih penuh dgn bubur Ilyaas. Macam mana? makan cerelac saja kah? Rasa down sekejap. Lepas tu, Ilyaas start nak demam balik. Down lagi. 

Discuss with husband, we cannot let this thing happen for so long sbb melibatkan anak sendiri. So, petang tu jugak kami round satu taman ni, cari potential pengasuh. Tanya2 kakak2 yang berborak2 di petang hari. Akhirnya, dptlah seorang potential yang suitable. She is not taking care of anybody else except for her own kids,anak paling kecik 4thn, then 7thn n dah sekolah menengah. Tgk rumah bersih n kemas.So, terus try hantar Ilyaas half day on the next day and now continue the whole week. Mmg first day Ilyaas meragam. tp skrg tak lagi, happy dia duduk sana. I am more than lega and senang hati nak ke sekolah. Walaupun terpksa start all over again dari segi nak cerita pasal uruskan EBM, manage febrile fits kalay terjadi lagi (nauzubillah, mintak dijauhkan), perangai Ilyaas, cara makan etc2..Tapi, saya rela.Sebab tahu Ilyaas get one-to-one supervision and care.

 Itulah dulu cerita utk pagi jumaat ni. Panjang plak.. so reward baca panjang2 kita tgk muka nakal anak saya. 


2 comments:

  1. oloh siannya ilyash
    tu la susah kalau nursery ni
    mcm hana n amzar awal2 ok.. hana happy..
    tetiba lepas apa ntah jd dia sgt x happy g nursery
    takpe kejap je ilyas dah nak besar nnt masuk sekolah lega dah hehe

    ReplyDelete
  2. haah tu la..
    kita nampak dorg happy sbb ramai kawan.tp jagaan mmg kena buat pejam mata je, sbb sure ala kadar je..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...