Friday, April 26, 2013

Imani Hafiyya- 3months old update


Imani saya dah 3 bulan hari Ahad lepas. Baru je rasa sakit-sakit nak bersalin kan dia, tup tup dah 3 bulan budak ni keluar.
Tipula kalau rasa serik nak mengandung dan bersalin lagi. In fact rindu saat-saat melahirkan itu, walaupun sakitnya hanya Allah dan kaum wanita yg pernah bertarung nyawa melahirkan saja memahami. Waktu itu sgt exclusive menyebabkan saya rasa biarlah saya besarkan dua permata hati saya ini terlebih dahulu. Kalau diizinkanNYA, suatu hari nnt saya rasa lagi saat-saat exclusive itu. Amin.

Imani dah kena injection for 3 months masa hari Rabu haritu. sekaligus check-up pertumbuhan dia.
She gained 400g since last check up. Nurse kata perlu gain lebih banyak. Baiklah. Panjang dah 60cm ye. ini budak nampak gayanya ikut umi la tinggi...suke suke suke..
Nurse di gomen ni terlalu mengikut nombor yang ditetapkan dlm buku teks mereka. Katanya berat sy juga turun dgn sgt sedikit. Baiklah jugak. Hanya turun 1 kg dlm 1 bulan. Ya pasti nya sebab sy tak bersukan, hanya bergantung harap pada penyusuan susu ibu untuk menurunkan berat badan. eh, ini bukan update Imani, ini update umi Imani pulak ye .

Imani sekarang sgt pandai senyum. Pemurah senyuman. Pendiam juga. Errrr kadang2 pendiam. Kadang2 mulut oh eh oh eh mintak dilayan. Belum pandai meniarap. pandai senget2 tu boleh la. Anak yg baik. Mudah kerja umi , mudah kerja ayah.

Hari-hari bawa bekal 3oz susu X 4 botol dan 2oz susu tambahan kalau-kalau umi sampai lambat. Biasanya habis 12 oz. 2oz lagi susu fresh hasil perahan the day before or on the same day (morning session). Kalau 2oz tu tak habis, akan difrozenkan bersama susu perahan yg lain.

Banyak baju dah tak muat. Sekarang dengan jayanya dh pakai baju 6-9months. Tunggu nak raya nnt kita lihat dia pakai size apa pulak. Bercadang nak masukkan dudukkan Imani dlm bumbo chair since she can controls her head quite well now. Mungkin boleh cuba weekend ini barang 5-10minit. Lepas itu bumbo chair itu dah tak muat lagi sebab anak-anakku punya paha KFC nyum nyum , ketat jadinya.

Budak Imani ni suka duduk dalam keadaan sejuk-sejuk. Tak macam abang Ilyaas nya yg lebih prefer keadaan suam-suam kuku. Imani relax je dtg lab umi sejuk beku mcm deep freezer ni. Hebat Imani. Nnt boleh kita bawa pergi Korea mcm Acik Nana ye. Abang Ilyaas tinggal? ehhhh nahe, I cant leave my kids.

Respons Imani terhadap bunyi lebih baik dari respons terhadap warna. Mungkin sebab hari2 kami bukakkan nursery rhymes muzik-muzik dekat babycot dia. Hasil mainan leapfrog caterpillar ini.




Sekarang ni kan, Imani suka main2 lidah dia dgn gusi. Adakah sudah mahu tumbuh gigi? Awal lagi la nak...minum la susu umi puas-puas dulu. nanti dah ada gigi ramai yg akan suruh Imani mula makan...

Rambut pun dah tumbuh secara rawak. Seketul sana seketul sini. Usaha telah umi lakukan dengan sapu minyak rambut mahal kelapa dara yg wangi lavender itu. Tapi masih mahu ikut jejak langkah abang Ilyaas rambut tumbuh tompok tompok. Ku pasrah sahaja. Rambut anak-anak ku memang begitu. Genetik mungkin ya?

Kulit pon xberapa nak cerah sgt. Sawo matang gitu. Memang melayu habis anak dara ku ini. Ikut kulit umi kan kan kan? Biar ayah dan abang Ilyaas putih...Kita orang melayu kena coklat-coklat sikit.

Imani ku sayang, besar jadi anak solehah ye sayang?




No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...