Wednesday, May 8, 2013

Sepetang di Pantai Batu Buruk, Terengganu


"Kita singgoh kat primula
Batu burok tepi pata
Laut biru di tanjong jara
Tempat rilek orang dok kacai
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka..."



Gitulah serba sedikit lirik lagu Blues Terengganu Kite by Saling Ikling...

Saya selaku isteri kepada orang ganu kite ni, mmg sgt sayang lah kat suami negeri terengganu ni. 
bak kata MB Terengganu yang lalu (sem ni taktau sapa lagi jadi MB), Negeri Cantik, Budaya Menarik

Setiap kali balik ganu je, mmg xkan lepaskan peluang gi pata. 
pata means pantai la. =) pantai terdekat ngn rumah actually pantai chendering. tapi pantai chendering tak berapa commercial disebabkan dia takde pantai, terus laut. pastu terus nampak pulau kapas. 

jadi pantai yg ktaorang selalu gi is pantai batu buruk kat KT nun. 

Best wooo ke sini. Macam2 aktiviti leh buat. Pertama sekali leh makan. makan dan makan. makan kepok lekor, makan ice cream, makan waffle A&W, makan jagung kukus, donut..
dah dah la tu ingt makanan, padanlah susah nak kurus..kahkahkah

tidak tidak, selain makan semua makanan, leh makan angin pantai gak. free of charge je:P 
leh main layang-layang.naik kereta kuda. 
tp kitaorg tak buat la semua tu, sebab itu mengeluarkan duit. 
tujuan pegi pantai kali ni nak introduce kan Imani dengan pasir pantai, tanah tumpah darah errr Tok Dad dan Ninik. Ayah dan Umi lahir kat Penang. walaupun Ayah orang Ganu. 


Moment gembira di Pantai Batu Buruk. angin sepoi-sepoi bahasa. Pohon nyiur melambai.. Indah suasana kampung halamanku 
(Hoi, sungguh melalut )

Kalau gi pata ni, tak syok tak bawak budak-budak. Ingat gi dating je ke.. tp kat pata batu buruk ni mmg ramai pun muda mudi berdating. ish ish,harooommmmm..dah la tu sebabnye jeng sokmo dan susah nak dapat parking kat sini pepetang..


masa memula bawa Ilyaas gi pata batu buruk ni masa dia beberapa bulan dulu, bukan main nangis dia takut ngn pasir pantai ngn bunyi deruan ombak menghempas pantai. 
sekarang tidak lagi. sudah jadi hero. layan blues sambil rambut ditiup angin serta ditemani awek jelita merangkap sepupu sedarah sedaging, Miss Alesya Farzana 

eh okayla, 

nak chow chin chow dulu

lagi entry pasal pantai batu buruk?




2 comments:

  1. dah lama kot tak datang ke trengganu..bestnya sis..dapat berjalan2 di tepian pantai..suka giler akak kalau dapat gi sana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput la dtg ganu..nnt leh singgah rumah ...:)
      layan kepok lekor nyum2

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...