Monday, January 27, 2014

Ayam Bakar paling senang

Assalamualaikum, Good Morning semua!

Pagi pagi Isnin ni, korang mesti ada ''Monday Blues kan...Alahai, biasalah tu, tp takpe, sebab minggu ni kejap je kerja, pastu dah nak cuti dah...Bagi yg bekerja la, bagi yg masih student ni, patutnya takde la hari cuti, patutnya hari2 kena buat revision baru jadi student cemerlang,terbilang dan gemilang...ye dok...Tp I orang cuti, I pon cuti jugak...hahahahaa.

Rasa mcm dah lama tak share resepi kat sini..So, nak share resepi Ayam Bakar paling senang! Seriously senang gila, sangat2 recommended untuk ibu-ibu yang bekerja, tapi still nak masak untuk makan malam family, atau tgh rushing nak siapkan kerja-kerja lain...


Sebelum kita gitau cara nak buat ayam bakar ni, kita tayang gambar dia dulu....tu belum masak tu kat atas ni...nampak menyelerakan dah kan...

Bagi korang yg kerja 8-6pm (mcm I treat my study ni), bangun pagi pas subuh tu, korang keluarkan ayam siap2 dari peti ais, rendam dalam air...takpon buat malam sebelum tidur, keluarkan dari frozen fridge ke fridge biasa...senang sikit ayam beku tu nak cair..

Pastu, gaul ayam2 tu dengan kunyit and garam and bawang besar kalau ada and boleh perap dalam aluminium wrap! (Balut penuh ok, jangan biar ayam tu terdedah, sbb klu terdedah nnt dia kering, n keras, xsedap sgt  la...klu balut penuh dia juicy)...
Pastu simpan balik dalm fridge yg tak sejuk beku... Petang balik kerja, masuk dalam oven, bakar 190 darjah celcius for 40-50 minutes... Simple sgt kan! Tapi rasa dia InsyaAllah sedap sebab ayam tu juicy and ada air air ayam keluar so dia berkuah jugak. Makan dengan sambal belacan instant Adabi...Pun dah memenuhi selera tekak kampung I dengan husband...Tapi sebenarnya dalam gmbar yg I tempek kat atas tu, I tambah gaul ayam tu dengan sambal Puteri + Kunyit + Garam...(and takde bawang)...

Benornya, ikut kekreatifan korang la nak gaul ayam tu dengan apa...Setakat ni, I pernah cuba jaya beberapa kombinasi bahan..Yang paling senang Kunyit ngn Garam je mcm nak goreng ayam...Kombinasi lain Sos Tiram + Kunyit + Bawang + Daun Kunyit...atau Sambal + Kunyit +Bawang atau aritu cuba Kicap+ Sambal+ Kunyit...ada pernah gak cuba Sos Tomyam+ Daun Limau Purut ...Terpulang la bahan apa yg ada kat rumah masa tu...hehehe

Nak padankan dengan lauk senang ni, sayur brokoli rebus, carrot rebus, dengan salad.. Memang senang ..Kalau korang betul2 tak sempat nak memasak, yang ni mmg sgt membantu la..Sambil tunggu ayam tu masak dalam oven, korang boleh la settlekan hal2 lain, basuh botol anak ke, lipat baju ke, mandi mandi pastu tibe2 je ayam dah masak.. Jangan lupa masak nasik gak...satgi kena tunggu nasik masak baru leh makan...Btw, klu ada isi ayam lebih dari ayam bakar ni, korang simpan dalam tupperware buat sandwich or tortilas wrap, pastu boleh buat breakfast for the next day...

Ni lunch express kitaorang semalam...Masak express di hari Ahad sebab budak comel tak mau lepaskan umi ...
Ayah dia plak sessi berbadminton , balik2 kang dah lapar...so kita masak ayam bakar paling senang...




Tu la budak comel jadi kitchen assistant umi.. Dia suka sgt main kat dapur..Semua bekas bekas kecik simpan makanan dia buat mcm barang2 dapur dia...Btw,gyro bowl tu I beli RM6.90 je kat Mr DIY....tgk kat internet paling murah RM19.90...ada jual sampai RM39.90...mahal sesangat tu,..tp tak tau la kot kualiti dia better lagi ke apa...tp yg Rm6.90 ni pon I rasa ok dah pon...after all, semua Made In China jugak....


Ok, ni nak tempek gambar urs truly jap eh...jangan korang meluat sudahla..:P Tujuan nak promosi seluar palazzo best beli dari Kak Mimi.material dia lycra tp bukan melekat2 kat badan ...berangin n ringan je.......Sekarang dah sold out, tp dia bukak pre-order sampai 29 Januari ni...mmg best la seluar ni, rasa mcm sgt2 menutup aurat, tak nampak bentuk kaki, kembang2 mcm skirt...getah dia best, sebab getah lebar...klu nak gi toilet, tarik getah tu tinggi2 atas perut, so tak la meleret seluar tu...


K tu je, Happy monday. Happy long holiday...

Announcement jap eh...



The Hafiy(s) akan balik kampung di Terengganu sempena cuti CNY ni..

Jadi, tarikh akhir pengeposan ialah pada 29 Jan 2014.Sila buat bayaran sebelum 12am (midnight) 29 Jan 2014Order selepas 29 Jan 2014 akan diuruskan selepas kami pulang bercuti ( 4 Feb 2014)
Bagi customer yang ada kat KT and berminat nak beli diaper clutch atau nursing cover, kami boleh lakukan COD di sekitar area Kuala Terengganu dan Marang sahaja.
Sila whatsapp/sms ke 0194488744 sebelum 29 Jan supaya kami boleh siap sedia barang2 pesanan anda utk dibawa pulang bersama..

Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...