Monday, May 19, 2014

Holland Trip:New Apartment & Cara Samak Periuk Belanga

Assalamualaikum semua, 

I sekeluarga dah pindah masuk apartment. Lega sgt, sebab ada dapur, fridge, microwave dan periuk belanga serta pinggan mangkuk untuk masak dan makan. Sebelum ni kitaorg duduk kat hotel, around 500m from service apartment ni. Masa nak pindah keluar dari hotel ke apartment, siap buat dua trip, bawa barang2 dgn beg2 besar tu.hahah, itu belum campur barang yg bakal dibeli, dah banyak gila barang kitaorg.menyesal gak la bawa baju budak2 ni lebih, sbb ingt kat sini baju mahal n sejuk, kot nak pakai berlapis2 kan..sekali harga baju so far nampak murah gak la..

Apartment kitaorg duduk ni dalam group Bridges House Hotel. Tp sebab dia apartment, bangunan dia terasing sikit dari main hotel building. Ada 3 unit apartment bawah Bridges House Hotel ni. Yang kitaorg punya unit 68B, Koonmarkt Straat (Koonmarkt Street). Kalau dapat 68A, view dia cantik sikit, dapat tgk canal..


Apartment ni tak ada bilik. style studio je . 
first floor dapur dan toilet
second floor ruang tamu, meja makan, dan backyard. 
third floor mcm bilik tidur
setiap floor dibahagikan oleh beberapa anak tangga je
dapur ada microwave, kettle, semua kelengkapan memasak, coffee machine, 
dishwasher (yg I tak reti operate pon hahahaha)
washing machine ada satu , share 3 unit apartments.
ok la tu

ruang tamu serba lengkap. dah la classic siap ada tpt bakar unggun api kalau time winter. 
tp dorg dah deactivate bahagian tu and convert jadi ruang menonton. letak tv kat situ. 
ada wifi sendiri untuk setiap apartment. 
sofa pon mcm day bed. 
katil kitaorg dapat katil parents, katil ilyaas (kids'size) dgn baby cot (playpen). 
Alhamdulillah, syukur nyenyak la tidur kitaorg malam2 nnt tak yah share katil dgn anak2..:P kuikuikui

Backyard kat apartment ni ok la, tak la besar sgt. tapi klu stay lama kat sini, mesti i beli pokok2 bunga tanam...and deco2..
tapi setakat sebulan ni, tak la kot nak bercucuk tanam..
apepun, syukur sgt dapat service apartment mcm ni. 

Malam pertama kat sini, kitaorg dah menyamak segala perkakas dan peralatan memasak yg ada. 
Kitaorg samak guna sabun Taharah. ni sabun tanah.
 Muni, wife kepada student Phd Malaysia kat sini yg bagi. 
I terlupa betul nak bawa sabun ni, padahal tau je kewujudan sabun ni kat malaysia. 
Harga dia rm5.90 kat malaysia. 


Sebahagian periuk belanga yg nak disamak
pinggang mangkuk sudu sudip senduk segala disamak juga
tak sempat nak amik gambar2 lain sebab di pertengahan proses samak tu, Imani dah nangis nak susu. 



Cara nak samak senang je guna konsep samak dgn tanah...
1 kali bilas guna air sabun tanah ni (sabun Taharah)@ air tanah
6 kali bilas guna air mutlak berserta niat untuk bersuci dan menyamak

Bila dah samak, nak memasak pon rasa lebih selesa dan yakin kesuciannya..

sekian itu sahaja entry hari ni..

daaaaaa~




3 comments:

  1. pestime tgk sabun tu...xpernah tau pun kewujudan nya...

    ReplyDelete
  2. good info. lin selalu fikir cmner nak guna periuk yg ada kat homestay.. risau...
    da ada sabun ye sekarang. ok next time tak payah risau da...

    ReplyDelete
  3. Camna nak samak microwave?tolong saya

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...