Thursday, October 9, 2014

Hari Raya Haji 2014

Assalamualaikum and Hi semua, 


Tahun ni raya haji kitaorg giliran beraya di Terengganu. Hari Khamis pagi2 lagi kitaorg sekeluarga dah bertolak balik ke Terengganu. Kali ni, nak ikut jalan Cameron Highland-Gua Musang-Felda Aring-Tasik Kenyir...Since the last time (hari raya puasa) kitaorg ikut jalan ni and dah banyak improvement, maka this so called jalan short-cut dari Perak ke Terengganu menjadi pilihan. 

Kalau ada sesiapa nak tahu update berkaitan jalan2 ni, boleh baca entry pertama tahun 2012 and some old pictures  atau entry paling latest tahun 2014

Well, perjalanan balik raya haji kali ni tak berapa smooth sangat. Dari awal lagi dah plan untuk menyinggah di Kea Farm, CH untuk beli sayur-sayuran segar nak bawa balik rumah mak mertua.
Lepas breakfast nasi lemak, kami mula memanjat bukit nak ke CH dari Simpang Pulai. Imani tidur since after breakfast until sampai Kea Farm. Ilyaas senyap layan blues . Both of them duduk dalam car seats masing2 and kedua-duanya di seat passengers dekat belakang. I thought Ilyaas akan tertidur sendiri. Rupanya, Ilyaas tgh layan his motion sickness. Sampai je Kea Farm, dia muntah banyak gila. Habis all the nasi lemak keluar balik. Kena salin baju and seluar and even car seat kena remove coz terlalu banyak muntah yang terkena kat situ.. 


Mujur kitaorg dah spare bawa air paip dalam botol mineral siap2 jadi dapat guna buat basuh badan Ilyaas. Dah salin baju and bersihkan diri, I bawa Ilyaas jalan-jalan dekat Kea Farm sambil I beli jagung, strawberi, and sayuran untuk bawa balik. Imani dengan ayah dia stay dalam kereta je. After that, kitaorg teruskan perjalanan turun ke Lojing and Gua Musang pulak. 

On the way nak ke Lojing tu, Imani pulak muntah atas car seat. Mencurah-curah dia muntah macam ada angin tolak dari dalam perut dia. Stop another time and bersihkan diri dia. Car seat dia pon penuh muntah. So, both of them dah tak duduk car seat lagi. I riba Imani and Ilyaas duduk sorang kat seat belakang. Sampai Gua Musang, both of them dah tertidur. The whole journey sampai ke Bukit Payong, dorang tidur je. Penat sangat nampak gayanya. Sampai rumah in law around 2.30 pm, terus lunch. Petang tu lepak je kat rumah. 

Malam awal2 lagi I request dengan mak mertua I nak makan meggi ketam sebab tak pernah lagi merasa makan, walhal dah 2 tahun orang dok promote kata sedap. 
Sedap jugaklah megi ketam ni.. Selain megi, banyak je lagi makanan lain yang dorang ni jual.
Kedai ni dekat2 dengan UMT. 
I tak ingat harga berapa sebab pak mertua yang belanja..huahuahuahua.. 
Ketam dia tu ketam nipah, and ada jenis2 size..

Hari Jumaat kakak2 ipar sampai. Maka meriah dan kecoh la rumah parents in law I dengan cucu-cucu.. 


Salah satu aktiviti bila sepupu sepupu ni berkumpul. Mewarna and menconteng. Imani ngn Ilyaas yang tak reti lagi pon join sekali buat2 busy. 
Kejap je buat aktiviti2 ilmiah ni, pastu masing2 main toys, or kejar2..pastu tak sampai seminit, dengar la ada yang menangis n ngadu ..biasa la kan budak2 ada je idea nak kenakan geng2 dorang..
apepun dorang rapat antara satu sama lain..dah kebanyakkannya adik beradik susuan.. 
Ilyaas adik beradik susuan ngn si Amzar and Fayyadh. Imani plak adik beradik susuan ngn Fawwaz and Sakinah..

Ni Imani dengan adik susuan dia, Sakinah. Imani minum EBM from Mama Sakinah.. 

Pagi raya, I ikut mak mertua gi solat sunat hari raya kat masjid. Imani pon ikut sekali. Senyap je dia duduk tepi I sepanjang solat and khutbah. Senang nak bawa dia gi masjid. Lepas solat raya, balik rumah lepak2 jap, pastu I ikut bapak mertua gi Pengkalan Berangan untuk korban. 

Tahun ni, kitaorg amik bahagian dalam acara korban. Niat untuk Imani. 

Ni la lembu yang menjadi korban. Ada berapa ekor ntah lembu yang kena sembelih masa hari ni kat sini tak ingat. Yang pasti, our lembu adalah yang terakhir tumbang. 

Bapak mertua I sendiri yang sembelihakan lembu ni. 
Lepas tu proses melapah dilakukan beramai2. I tak stay untuk proses melapah and potong2 ni, balik rumah dulu.heheh
Sampai rumah pon dah almost waktu Zuhur..
Daging tu tak dipotong kat tempat penyembelihan. Bapak mertua I sengaja bawa balik rumah and ptong sendiri and agihkan ikut berat..letak dalam plastik bag n then kitaorg agih2kan kat orang kampung sekitar... 
Orang lelaki je amik port potong daging lembu ni.. 
Orang perempuan dok dalam rumah. 


Biasa la kan, raya haji tak sah kalau tak kenyang makan daging lembu. Dari tengah hari sampai ke malam asyik kunyah daging lembu je.. Dah la fresh, manis plak..lembut jer..Nyumzzz...

Berapa kilo dah gain pon tak pasti..Yang confirm, berat I memang dah naik. Sobs..

Sempat wefie bersama Imani. try wrap bebesachi pinjam from kakak ipar. Dulu I sorang je yang ber-babywearing dalam family, sekarang kakak2 ipar n biras dah join. Malah, dorang lagi expert pakai yang buckle-less lagi...





Masa raya haji gak, bizz online kitaorg buat photo shoot.. Untuk gambar2 nursing cover yang lebih jelas dan menawan gitu..Adik ipar I la yang tolong n rajin amik gambar2 ni..Thanks Ana.



This is how our nursing cover looks like in front, side and back view..InsyaAllah it will cover all your aurat and baby is comfortable inside the nursing cover which is make from high quality English Cotton..

Memang tak mendedahkan sebarang aurat si ibu kan? 

And baby InsyaAllah tak lemas kat dalam tu.. kena monitor jugaklah, tak la biarkan menyusu tak jenguk2 baby dalam tu.. 

gambar bawah ni pulak cara nak menggayakan/ menggunakan nursing cover kitaorg..




1. Open up your nursing cover. Make sure the adjustable strap is heading front. 
2. Place your head through the opening of your nursing cover. Make sure to place your baby in position first before you proceed this step.

3. See the small black box in the picture? Now adjust your strap.

4. Ready to breastfeed!! Please ensure it's comfortable enough to peek-a-boo your baby. And don't worry, the material of our nursing cover is really soft and cold . Pretty enough to ensure your baby comfort inside there!


Begitulah cerita raya haji kitaorg tahun 2014 ni... Ada birthday celebration untuk anak susuan I, Amzar..dah 4 tahun budak tu.. tp size badan maintain kecik ...Aktif bukan main.. dah gi school pon Amzar skrg ni.. Sorry la takde pic birthday Amzar plak...kena mintk ngn mummy dia...


Ok, thats all for now...


2 comments:

  1. meriahnya raya sis..
    tula seronokkan kalaur aya kat kampung...

    ReplyDelete
  2. rajin betul mamat pakai baju maroon tu melapah daging. sebeng sape ler tu. kui3

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...