Monday, March 30, 2015

Taiping Revisit after 2 yrs

Assalamualaikum, 


Weekend lepas, kitaorg pergi Taiping. Dah plan dalam 2 minggu sebelumnya. Plan asal nak ajak my parents and adik bongsu sekali, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, dorang tak dapat join sekali holiday kali ni. 

Hari Sabtu pagi, kitaorg bertolak dari rumah ke taiping. Actually ni adalah visit ketiga untuk husband dengan I ke Taiping lepas almost 5 years berkahwin. and visit kedua untuk the IHs. 

First visit utk Ilyaas and Imani masa tahun June 2013. Entry-entry under labels Taiping Gateaway


Kitaorg sampai Taiping around 10.15 am. Terus ke zoo. Parking kereta, and tukar ke sport shoes terus masuk zoo. Bayaran untuk dewasa RM16 seorang. Kanak-kanak bawak 4 tahun free. 4 tahun ke 12 tahun RM8. Warga emas ada diskaun jgak tapi tak ingat dah berapa. 

Kali ni kitaorg dapat naik tram. Masuk2 je depan pintu zoo ada orang amik gambar then terus beratur tunggu tram. Kejap je beratur sebab tak ramai sangat orang. Ilyaas and Imani excited jugak dapat naik tram ni. 


Dah pusing2 satu zoo, tram tu stop dekat depan tempat gajah. 

Kitaorg turun dah mula tour dengan berjalan kaki pulak. Cuaca masa ni still ok. tak panas sangat. 





Ilyaas ada bawa poster animal daripada rumah. memang dia pesan suruh letak dalam beg sebab dia nak bawa pergi zoo. Mulanya tak sangka pun dia ingat pasal poster tu. Sekali dia mintak I keluarkan dari bag, dia nak refer haiwan2 yang ada kat poster ni. 
Malang sikit la, poster ni haiwan2 yg banyak kat iklim sejuk, so tak dela dia dapat tengok beruang kutub...etc.. 
and banyak jugak haiwan lain yang tak ada dalam poster tp ada dekat zoo such as tapir. 

Apepun, impressed jap dengan perangai anak sendiri. :d


less than 2 hrs, kitaorg dah keluar dari zoo taiping. walaupun sekejap tp rasanya sessi pengenalan dan pembelajaran dengan haiwan and nature lebih bermakna kali ni. sebab Ilyaas and Imani dah besar sikit.  senang nak paham and pay more attention kat haiwan2 tu. 

Kitaorg terus ke hotel. 

Still memilih Sentosa Villa untuk get away kali ni. 

Cumanya kali ni kitoarg booked hotel room, bukan villa macam sebelum ni. 


Family Room (type: hotel)
Bilik memang sangat2 luas. Puas hati. 
Ada one king bed. and two super single beds.
Ilyaas and Imani dapat sorg satu katil masing2. 

kat toilet ada bath tub and shower jugak. Toilet pun sangat luas. 

Lepas bagi anak2 berendam dalam bath tub, kitaorg keluar pergi lunch dekat Aeon Taiping. 
Lepas tu belanja anak2 mainan from Daiso and then tapau for dinner and balik ke hotel. 

Petang tu plan nak bawa dorang mandi sungai kat dalam kawasan sentosa villa ni jugak. 
tapi cuaca tak mengizinkan. 




Hujan lebat. Ni view from balkoni bilik. 
Sekali tengok macam kat oversea pun ada gak kan dengan pokok pine nya. 


Malam tu tak keluar bilik pon. lepas maghrib, before pukul 9malam, anak2 dah ngantuk sebab dorang penat main je dari siang. Terus tidur and tak sedar2 sampai ke pagi (except for Imani la bangun occasionally for her milk time)

The next morning, lepas bangun, bawa anak2 pusing sekitar villa. 


Family villa


From the parking lot


Sungai dalam sentosa villa
air sungai ni mengalir dari hutan simpan. 


kitaorg cari tempat nak breakfast. husband dah google nasi lemak muhibbah kat taiping. 
so ke situ la kami cari nasi lemak. 


boleh tahan sedap nasi lemak ni. 
ramai orang datang makan. 
beratur jugak la nak amik nasik
ada nasi lemak kosong, nasi lemak kosong dengan sambal, nasi lemak ikan bilis, nasi lemak ayam, nasi lemak sotong, nasi lemak daging. 

i try nasi lemak sotong. sedap. 
harga pun tak mahal, affordable. 
korng google or masuk waze je, sure dapat jumpa warung nasi lemak muhibbah ni.

balik hotel, bawa anak2 main air kejap. 



sungai 



view dari hotel

Imani takut air. actually dia sejuk sebab air sungai directly from bukit. 
Ilyaas still ok as long tak bawa dia gi tempat dalam. 




enjoying the nature. 

kejap je main air sungai sebab sejuk sangt. then sambung berkubang dalam bath tub. 
pastu siap2 balik.

percutian yg sekejap tp sgt meaningful untuk kami berempat. 
anak2 suka, umi ayah lagi suka. 


No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...