Wednesday, October 21, 2015

Pemasangan Grill & Awning

Alhamdulillah. Grill and Awning dah siap pasang. Setelah berhempas pulas tanya quotation harga sana sini. Boleh baca entry lebih awal tentang 6 quotations harga yang berbeza untuk grill/& awning

Kerja pasang grill & awning kat rumah kami dilakukan dalam 2 stages, disebabkan sliding door yg belum dibaiki pada awalnya (oleh contractor) dan penambahan awning dekat garage and front side. 

(contact no Mr Wong at the end of the entry)

Pemasangan pertama pada 9 October. 2 minggu dari tarikh kami bayar deposit. To be honest, memang x sempat pun kami melawat kedai dia untuk tinjau grill dalam proses pembuatan (sebab ke occupied dengan Raya Haji dan travel to Jakarta). Mesej Mr Wong untuk datang tengok, dia reply, dia nak datang pasang dah...Kagum jugak, sebab pantas dia buat kerja. 



Mr wong (baju merah putih), Mr Sin Tat (bapak mertua Mr Wong- baju hitam putih) and seorang pekerja dia (takde dalam gambar) yg bertanggungjawan pasang grill kat rumah ni. 
Gambar masa 1st round pasang grill and awning. 


Grill main entrance door. 
Kami pilih buat cage. 
This one pakai wrought iron. hollow with powder coated. 
Bahagian ni mmg puas hati dengan hasil kerja dia. 

Ni melawat kerja pemasangan time lunch break. Siap pakai nametag lagi.huhuh.
bukan curi tulang keluar waktu kerja pastu bergambar sengih camni ye. 




Full cage with awning and new door untuk backyard. 

Ni part yg I suka sebab pintu belakang tu ada dua layer. kalau nak bagi angin masuk etc, boleh turunkan layer pertama. And boleh tutup jugak layer tu kalau tak nak bagi orang nampak. 

Ruang kosong dekat dinding tu mmg dah ada. So, Mr Wong bagi tiang besi 4 batang free dia pasang kat situ. 

Cara kerja Mr Wong ni setakat I observe mmg I rasa puas hati..Tak de pun dinding pecah or retak bila dia pasang grill and awning. ada satu bahagian je dalam bilik Imani, cat meleleh sikit.


Full view from outside untuk backyard. Jadi laundry la tempat ni. Kecik je lebar nye. 
4 kaki 5 inci je kawasan ni. 
Bahagian batu tu nnt sama ada nak simen terus atau pasang jaring2 supaya nak elak kucing etc masuk. 
This one pakai metal steel hollow. 



Safety gate dekat tangga. Untuk bahagian atas yg connect dengan 
family hall, Mr Wong bagi free je. 
Untuk bahagian bawah, untuk ke living hall, kami tambah bayar sikit la. 



Untuk bilik tidur and toilet, and family hall kami pakai design melintang (typical) mcm ni je. 
Warna je amik dark silver. Bagi sama dengan warna tangga rumah dan pagar. 
Sebenarnya tak plan pun nak sama colour, masa pilih warna tu rasa berkenan dengan silver ni. 
Tak nak putih or hitam, rasa typical hehehehe


2nd time pasang grill and awning is hari 19th October haritu. 
Masa ni pasang main sliding door sebab contractor dah baiki kerosakna kat situ. 


Waktu lunch break, pegi lawat kerja dorang. tengah pasang grill and dah siap pasang awning tepi.


Gambar two tier awning untuk small balcony and dining room/guest room. 
Gambar belah kiri awning untuk garage. Suka warna ni, aquamarine rasa mcm dalam aquarium.
Mula nya Mr Wong suggest pasang sekali dengan rumah jiran, tp kitaorg tak berani sebab tak pernah jumpa lagi jiran sebelah rumah. Tak tau la dorang dah amik kunci rumah dari pemaju ke belum. So, pasang bahagian rumah kami je. 


Finally. Dah siap grilled rumah dan awning. 
Lepas kerja, balik amik anak, baru datang balik check segala. 

Masa pemasangan kali kedua ni, saya mintak Mr Wong re-paint balik semua metal steel grill. Sebab dah nampak ada yg berkarat. Mr Wong mmg rasa bersalah disebabkan karat tu, so dia re-paint balik keseluruhan rumah punya grill kecuali dalam toilet sebab dia janji tak karat at least 5 tahun. 
Tapi karat jugak dalam tempoh 7 hari pemasangan, maybe due to cat yg tak sekata. 

Walaupun masa nmpk karat tu, rasa tak puas hati timbul dalam hati I ngn husband, and I cepat MMS gambar karat kat dia. Terus dia janji untuk cat balik. dan dia betul2 cat balik. Maknanya dia jaga customer and after pemasangan pun dia jaga servis dia. 

Finally, before dia balik hari tu, dia pesan, kalau karat je, call dia. Dia akan datang cat balik. 

After all, walaupun ada flaws nye, saya sgt berpuas hati dengan hasil kerja Mr Wong dan servis yg dia berikan. 

Ni contact no Mr Wong

010-396 6932

Boleh visit shop dia 

No 40, Persiaran Lapangan Perdana 4,
 Panorama Lapangan, 
31650 Ipoh. 



9 comments:

  1. Ye cntik dan xsia-sia plihan cik cherry!!

    ReplyDelete
  2. Tq 4 sharing..tapi try call no tu not in service..

    ReplyDelete
  3. Saya rasa no mr wong tu macam lebih.. saya kol tak dapat, boleh beri semula no mr wong tu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. i used the same no in 2017 and still can contact him.

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...