Tuesday, April 19, 2016

Play time at Resort World Awana Kijal, Terengganu

Assalamualaikum...

Hi blog. Lama I tak jenguk you. I is busy. macam-macam dalam kepala sampai sakit kepala jadinya. 
Planning macam-macam, semuanya menyebabkan blog ni terpinggir. 

Bermula dengan hujung March, banyak betul aktiviti kena complete kan. 
End March, I pergi KL untuk training. Balik dari training, terus travel ke Terengganu. It has been 6 months since kitaorg balik kampung terengganu. Masa tu belum tau pregnant lagi, sekarang dah nak masuk 7 bulan pon. Cepat dan pantas sungguh masa berlalu. Masa balik Terengganu, last day tu husband visit internship students kat Kerteh. I amik cuti melepak dekat hotel. 

Ni first time kitaorg bermalam kat Resort World Awana Kijal. 
Sampai Awana pon dah around 9pm. We all bertolak from Kuala Terengganu after Maghrib. Siap tapau nasi and lauk mak mertua masak. 

So kat hotel, just had our dinner lepas tu tengok tv jap and terus tidur. Bilik cantik. 
Gambar dah delete so tak sempat nak share kat sini. Kami dapat standar room je, tp ada bath tup besar and jacuzzi sebelah katil. Dah macam honeymoon suite pulak. 

Morning time, breakfast. Puas hati jugak sbb banyak makanan untuk dipilih time breakfast. Walaupun hotel ni dah lama, tapi maintenance bagus, so still nampak cantik and exclusive. 

Lepas hantar husband ke office Petronas, we all balik hotel and I bawa Ilyaas and Imani ke swimmng pool. Since it was Monday, so tak ramai orang pun.Tenang je. Mmg takde monday blues la.

Ni part paling best for Ilyaas and slightly nightmare for Imani. 
Dah macam mini theme park pon ada. Ilyaas ulang alik naik gelungsur ni. 
Imani naik sekali je dia rasa mcm tenggelam bila terduduk lepas turun gelungsur. 
So Imani decided not to continue the fun. 


Last-last main air paras buku lali je Imani ni. 
Dulu bukan main suka air, sekarang jadi penakut. 
Si abang Ilyaas plak lebih berani. 
Almost 40 minutes biar dorang berendam n main air. 
I pon duduk sekali dalam pool kanak-kanak ni. 


After that, dah lapar balik. So makan waffle gardenia dulu. Keringkan badan. 


Main kat playground pulak. 
Ni dekat tepi pantai. Was a nice view. 
and nobody was there except for pekerja2 hotel je. 



Lastly, we went to the beach. 
Budak 2orang ni excited kutip kulit siput. 
Imani panggil cik kerang. 
originally I ckp ni cengkerang but dia salah dengar. jadilah cik kerang. 
Tak lama dekat beach coz matahari dah mula tinggi, pasir jadi panas and the kids tak pakai sunscreen. 
So we headed back to our room, siap2 and few minutes later husband pon sampai. 
Students dia hantarkan. 

At 12, terus check out and start our journey back to Perak. 

Another work related trip that coming weekend. 

Lepas ni pulak citer. 


1 comment:

  1. lama dah tak pergi trengganu...teringin nk dtg sini..sebab suka dgn trengganu..makanan dia opkos sedap...

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...