Thursday, June 16, 2016

Ramadan 2016- anak-anak



Assalamualaikum semua. Hari ni dah 11 Ramadhan dah. I baru nak wish everybody Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sorry for the delay. 

Berpuasa tahun ni sgt2 lain pengalamanya pada I. Ni kali pertama berpuasa dlm keadaan sarat mengandung. Start puasa pada minggu ke 34 pregnancy. Mulanya risau jugak memikirkan mampu ke tak berpuasa tahun ni. Tapi, syukur setakat 10 hari sebelum ni, berjaya menghabiskan ibadah puasa. Berjaya berterawikh jemaah (sama ada di rumah dgn husband/family or di surau). Nikmat sgt dpt laksanakan dua ibadah yg hanya muncul dalam bulan Ramadhan ni je. Syukur Allah swt masih beri kekuatan walaupun ada flaws nya..

To be honest, ni bukanlah pengalaman pertama puasa dan mengandung. Anak no 1- puasa time hujung2 first trimester. Memang lembik and xleh makan bnyk. sahur pon roti and telur je hari2. Tapi masa tu tumpuan hanya pda diri sendiri dan suami.. jadi tak rasa letih sgt pon. 
Anak no 2-puasa masa tgh 5 bulan pregnant. Penat tu biasalah, but lebih energetic compare to msa puasa time first trimester. Ni anak no 3, time third trimester, totally pregnant dgn perut besar ni. Pergi mana pon, orang (even strangers) akan bertanya, eh bila due ni...akak dulu kalau besar ni dah mcm ni mcm ni...Comel je akak2 ni berkongsi pengalaman masing2..Alhamdulillah, dorang concern. walaupun stangers. 


Selain tu, tahun ni berbeza sbb kedua cahaya mata kami dah besar. Dah tau serba sedikit pasal bulan Ramadhan. 


Imani masa malam pertama berterawikh. Dia ikut solat Isyak, lepas tu main2 je. 
Tahun ni sambut puasa di Terengganu. Ambil cuti panjang campur weekend sekali jadi 5 hari dekat Terengganu. Dapat makan macam2, masakan mak mertua and other Terengganu food such as nasi dagang and roti paung. Alhamdulillah:)

Imani tak puasa lagi la, baru 3 years, pampers pon belum fully off lg.. huhu. 
Ilyaas pon I dgn husband tak pernah berbincang nak ajar dia puasa masa umur 5 thun ni. sbb rasa mcm kecik lagi, plus dia jenis senang  batuk2. 

Amazingly, masa day 1 sahur, since bersahur kat kampung, cousins dia semua bangun sahur. So, I told husband, why don't we gerak him since semua cousins sebaya dia cuba berpuasa. Husband was reluctant mulanya sbb kesian tgk anak nyenyak tidur. But I rasa, I kena follow my instinct. So I kejutkan dia pukul 5.05pagi. Dia bangun dengn mudahnya.. Basuh2 muka, terus bawa turun bawah. Suap dia makan nasi dgn sup ayam with telur. Minum air teh o and air kosong. Dan molek azan. 
Told him pasal sahur and puasa. After that solat subuh and kami semua tidur balik. hahaha


Day 1 puasa penuh-left picture.
Day 2 puasa penuh-right picture

Beyond my expectation, my little boy manage to go through the first day betul2. Ada masa cousins dia curi2 minum air, coz they really dahaga la. Ilyaas ni lurus sikit, dia datang tanya I, umi can I drink my upin ipin apple juice? I was like, eh tnggu bukak puasa la. Few more hours je. After all, dia tgh dok rancak bermain bukan tengah letih melepek atas lantai je.. I tanya why did you suddenly ask? 
He told me pasal orang lain tgh minum air teh dlm fridge. 

Hahahhaha, my nieces and nephews berpakat...Terus kena marah (marah untuk tujuan mendidik). But after that dorang continue balik la puasa. Biasa la, budak2 baru 6-7 tahun. tgh belajar lagi puasa. I dulu pon mcm tu jugak. 

Cuma rasa comel sgt, Ilyaas ni jujur betul datang tanya I dulu...:D

Waktu berbuka puasa day 1. Betul2 rasa terharu sangat sebab anak sulung I dah puasa penuh. At 5 years old. I dulu 5 yo, botol susu pon tak betul2 wean off lagi. *malu betul*

He requested to have makan dalam talam with his cousins. 

Lepas berbuka solat jemaah dengan cousins. Alhamdulillah. kalau ramai2 dia mmg rajin solat. kalau takde geng, ada liat sedikit:D huhu..

Masa day 1 tu, sampai pukul 3ptg, dia ok je. Cakap lapar sekali. 
By 4ptg, dia punya tahap dahaga tu dah mencabar la. Asyik mintak nak minum So distract him dgn videos. After Asar, husband ajak dia main game dkt wii. Mmg distract sungguh2 main game. 
So berjaya lah dia puasa pada hari pertama. 

Hari ke 2 and 3 ramadhan dia tak puasa sbb kami pon travelling from Terengganu to Perak. 

Hari ke 4, dia requested sendiri nak bangun sahur and berpuasa. So pic above on the top left tu sahur hari ke 4 ramadhan. Tp masa hari ni, dia bagitau dia ada minum air kat sekolah. Its ok lah. Umi tak kisah pon...

Next day, dia puasa penuh. tk makan tak minum air. Memang masa pickup from school dia nampak kurang bermaya, x bnyk cakap and letih. 


Sahur day 5

Alhamdulillah, Ilyaas xde masalah makan waktu sahur. senang bangun untuk sahur 


Day 6 I dgn husband suruh Ilyaas rehat dulu sbb dia bangun sahur tpi muntah dan cirit. 
Sekarang ni kitaorg gilir2 kan dia puasa. Satu hari puasa, next day tak. 

Tp dia pesan kejutkan dia utk solat subuh..tadi pagi lupa kejut, terus dia ngamuk2..

Moga2 kekal istiqamah ye anak2 umi dalam beribadah. 

I ada buat Prayer reward card utk Ilyaas and Imani and Ramadhan Fasting chart untuk Ilyaas. 
Sekarang mission dorng nak kumpul sticker byk2 dlm card and chart dorang..

Nnti I share pasal card.chart tu ye...




No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...